KAEDAH BERNIAGA IRFAN KHAIRI


"Pelajari bukan 8, bukan 15, bukan 20,
TETAPI 101 Cara Promosi Perniagaan

Internet Anda!"

94% perniagaan Internet gagal dalam tahun pertama. Sebab utamanya adalah kurangnya promosi. JANGAN jadikan perniagaan Internet anda sebahagian dari statistik ini!
FAKTA:
94% Perniagaan Internet gagal dalam tahun pertama
FAKTA:
Sebab utama kegagalan perniagaan Internet adalah kurangnya PROMOSI
FAKTA:
Usahawan Internet sering didedahkan kepada hanya beberapa cara promosi sahaja seperti Enjin pencari, Direktori, Iklan banner, Email, Blog, Forum, Affiliate dan Pay-Per-Click.
FAKTA:
Jutawan-jutawan Internet dunia mengetahui lebih banyak lagi cara PROMOSI yang tidak diceritakan dalam ebook-ebook perniagaan Internet biasa!
FAKTA:
Teruskan bacaan anda untuk mempelajari 101 Cara Promosi perniagaan Internet anda!

Lebih banyak anda mencuba dalam perniagaan, lebih hampir anda kepada kejayaan. Ini adalah kerana dalam perniagaan dan kejayaan, segalanya adalah mengikut kebarangkalian (probability).


Sekiranya anda mencuba 10 teknik promosi yang berlainan, kebarangkalian salah satu daripada 10 teknik tersebut mungkin menghasilkan pelanggan yang ramai adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya mencuba 3 teknik promosi, kebarangkalian menjumpa teknik promosi yang berjaya adalah rendah.


Bayangkan sekiranya anda mengetahui 101 teknik promosi. Kebarangkalian anda jumpa dengan teknik promosi yang ideal dan menghasilkan pelanggan paling ramai adalah amat tinggi!
 
Perbanyakkan cara promosi anda supaya kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik untuk perniagaan anda adalah tinggi. Jangan mengharapkan 2-3 teknik promosi sahaja oleh kerana kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik adalah rendah.


Pemain baseball yang menghasilkan home-run (pukulan bola melebihi sempadan arena stadium!) paling banyak sekali didunia adalah pemain yang paling banyak sekali terpaksa strike-out (pemain dikeluarkan oleh kerana pukulan tidak mengena bola). Bila ditanya mengapa ini terjadi, beliau menjawab…
“kebarangkalian saya mendapat home-run adalah tinggi oleh kerana percubaan saya adalah tinggi. Lebih banyak kali saya strike-out, maka saya tahu, lebih hampir saya mendapat satu home-run!"


Soalan yang saya sering terima daripada mereka yang baru memulakan perniagaan adalah:
"Apakah cara terbaik untuk mempromosikan perniagaan Internet?"
Jawapan yang saya berikan sering menghampakan yang bertanya.


Sebenarnya, tiada satu tempat pun yang terbaik untuk promosi semua jenis perniagaan. Ia bergantung kepada produk anda, harga, pelanggan anda dan juga wang yang anda sanggup laburkan dalam promosi.


Sebagai contoh, medium promosi terbaik menjual suplemen kesihatan adalah berbeza dengan medium promosi terbaik menjual buku. Medium promosi terbaik peralatan komputer adalah berbeza dengan medium promosi terbaik barang perhiasan.


Oleh kerana ramai usahawan Internet yang tidak faham konsep ini, maka timbulnya keadaan "Mengapa perniagaan saya tidak maju walaupun saya telah menggunakan strategi promosi mereka yang berjaya?"


Tahukah anda apakah cara paling efektif untuk anda mempromosikan produk anda untuk mencapai pelanggan yang mempunyai kebolehan kewangan membeli dari anda?


Cuba pelbagai media untuk memastikan jawapan anda. Terus cuba dan cuba setiap medium promosi dan rekodkan jualan anda sehingga anda jumpa medium promosi yang memberi pulangan terbaik untuk anda.


Dalam mempromosikan perniagaan anda menggunakan beberapa media promosi, tahukah anda bahawa 1 + 1 tidak menjadi 2?


Maksud ini adalah, sekiranya anda promosi perniagaan anda menggunakan kad bisnes sahaja, mungkin anda mendapat 5 pelanggan. Kemudian, anda menggunakan brochure sahaja untuk mempromosi perniagaan anda, mungkin anda mendapat 5 pelanggan lagi.


Namun sekiranya anda gabungkan promosi kad bisnes (dan mendapat 5 pelanggan) dan brochure (mendapat 5 pelanggan), sebenarnya anda tidak akan dapat 10 pelanggan, tetapi lebih dari itu- mungkin 15, mungkin 20, mungkin 30… mungkin lebih!


Dalam promosi, 1 + 1 cara promosi tidak menjadi 2. Fikirkan apa yang anda akan perolehi dengan mengetahui 101 cara promosi!


ANTARANYA IALAH : 

Mendapatkan pelanggan baru dan menambahkan pelanggan sedia ada
Kebanyakan perniagaan memberi tumpuan untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru. Tahukah anda, ianya lebih mudah dan murah untuk membuat jualan kepada pelanggan-pelanggan sedia ada (pelanggan lepas)?


Ini adalah kerana kos pengiklanan untuk mendapatkan seorang pelanggan baru adalah jauh lebih mahal berbanding dengan mendapat pelanggan sedia ada.


Ia dikatakan bahawa 80% keuntungan sesuatu perniagaan datangnya daripada 20% pelanggan anda. Ini bermakna, pelanggan setia atau pelanggan berulang adalah punca keuntungan maksimum perniagaan anda.


Untuk memaksimakan keuntungan sesuatu perniagaan, pelanggan sedia ada merupakan aset yang amat penting dalam mencipta pengguna setia.


Selamat mencuba kaedah yang ternyata berkesan ini...

Etika Perniagaan Rasulullah s.a.w


rmmalaysia
Assalamuaalikum
Rasulullah s.a.w merupakan ‘Role Model‘ bagi umat Islam dalam segenap aspek kehidupan termasuklah dunia Perniagaan. Dunia hari ini memperlihatkan kehidupan manusia memerlukan kepada pekerjaan dan perniagaan untuk menampung keperluan semasa mereka. Dunia perniagaan merupakan salah satu dari bidang yang ramai diceburi kerana ia diyakini mampu memberikan tahap kekayaan dan kemakmuran hidup yang lebih baik.

Hadis dari Abu Nuaim bin Abdul Rahman :

“Rasulullah berkata : “Sembilan daripada 10 punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan 1/10 lagi adalah daripada penternakan.”

Kita perlu tahu bahawa Islam sama sekali tidak melarang keinginan manusia untuk menjadi kaya, namun ia perlulah dilakukan dengan cara yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.
Islam telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diikuti oleh para peniaga atau usahawan Islam, di antaranya :
  1. Elak dari berniaga benda haram
  2. Elak dari berlaku permusuhan
  3. Elak dari berlaku sombong
  4. Elak dari menjual barang yang tidak ada
  5. Elak dari bersumpah bohong (semata-mata untuk menyakinkan pembeli)
  6. Elak dari menipu dan khianat
  7. banyak lagi
Insya-Allah, saya akan cuba huraikan point-point di atas pada waktu yang lain.

Kita sebagai individu Islam yang mengakui bahawa Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w adalah ikutan kita perlulah melakukan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang. Janganlah kerana terlampau terpesona dengan sesuatu kekayaan atau terpedaya dengan keuntungan berganda menyebabkan kita melupakan perkara-perkara yang diharamkan Islam. 

Apabila kita berhujah perniagaan merupakan sunnah Nabi maka bagaimana pula dengan etika dan prosedur perniagaan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w? Sudah tentu ia juga merupakan sunnah baginda s.a.w. Justeru, apabila kita menceburkan diri dalam dunia perniagaan maka kita juga perlu menuruti setiap gerak geri dan amalan yang dilakukan oleh baginda sebagai seorang Usahawan Islam pada waktu itu. Dipetik dari epustaka.com – abooain

Kisah Usahawan Internet : Khairul Nizam Mukhtar Pengerusi Eksekutif Koperasi Usahawan Internet Selangor


Khairul Nizam Mukhtar, 33, juga dikenali sebagai Nizzura, menuntut di 11 sekolah kerana mengikut bapanya, Datuk Mukhtar Ismail, yang sering berpindah-randah demi tuntutan tugas sebagai polis dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Polis Johor.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu boleh dikatakan seorang yang nakal tetapi bijak kerana sentiasa mendapat nombor teratas dalam kelas.

Walaupun dididik dengan disiplin sejak kecil, Nizam dan adik beradiknya masih diberi ruang kebebasan oleh ibu bapa, asalkan tidak melampaui batas.

“Saya boleh bergaul dengan sesiapa saja dan boleh keluar malam tetapi tidak dibenarkan tidur di rumah kawan. Pernah sekali, ketika menuntut di MRSM Pangkalan Chepa, ketika saya memanjat pagar sekolah, bapa yang berkereta terlihat perbuatan saya tetapi mendiamkan saja,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Koperasi Usahawan Pendidikan Internet Selangor Berhad ini berkata, sejak bersekolah dia bercita-cita menjadi juruterbang tetapi cita-cita itu terpaksa dikuburkan kerana keputusan subjek Fizik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang baik.

Selepas SPM dia menyambung pelajaran ke peringkat A Level di Kolej Mara Banting sebagai persediaan melanjutkan pengajian ke United Kingdom (UK).

Namun disebabkan kegawatan ekonomi, hasrat itu terpaksa dilupakan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghantarnya menyambung pengajian ke Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Nizam antara kumpulan pertama yang belajar di universiti itu. Walaupun kecewa tidak dapat menyambung pengajian ke UK, Nizam tetap meneruskan kursus perakaunan sehingga peringkat ijazah.

Tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan, Nizam tidak bekerja dalam bidang perakaunan, sebaliknya ingin berniaga walaupun tiada pengalaman.

Untuk dua tahun pertama, anak muda ini merasai sepak terajang dalam dunia perniagaan. Antara perniagaan diceburi ialah pembinaan, memasang kamera litar tersembunyi dan menghasilkan filem dalam bentuk cakera padat video berjudul ‘Cinta Betting’.

Projek terbesar dijalankan Nizam ialah pembinaan di Jalan Petaling, tetapi mengalami kerugian apabila kontraktor utama tidak menjelaskan bayaran hingga syarikatnya kerugian RM170,000.
Selepas kegagalan itu Nizam yang fobia tidak melakukan sebarang pekerjaan. Selama tiga tahun, kehidupannya ditanggung isteri, Azura Abdul Aziz.

“Disebabkan tidak bekerja, kawan semakin menjauh, saudara mara pun tak layan. Lebih-lebih lagi, apabila anak Datuk gagal, orang akan kutuk. Selama menganggur, saya cuma duduk di rumah bermain permainan komputer dan menjaga anak sulung.”

“Puas saya mencari kerja tetapi tidak dapat kerana keputusan perakaunan saya cuma cukup untuk mendapat ijazah.”

“Saya pernah buka gerai makan iaitu dengan mengambil alih perniagaan pengusaha bukan Bumiputera, tetapi tidak sampai tiga bulan gerai itu terpaksa ditutup. Rupa-rupanya tempat itu akan ditutup oleh pemilik sebenar.
 Akhirnya saya gagal dan rugi lagi,” katanya.

Pada 2006, isterinya yang bertugas sebagai pensyarah di kolej swasta mendapat tawaran kerja selama dua tahun sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah antarabangsa di Jakarta, Indonesia.

“Apabila isteri bertanya sama ada saya mahu pergi ke Indonesia, saya bersetuju. Mana tahu, masa depan saya cerah di sana. Di Indonesia, saya berniaga kecil-kecilan iaitu menguruskan penghantaran amah untuk saudara-mara.”

“Tugas itu sukar dan membabitkan banyak pihak. Saya perlu keluar masuk kampung, bertemu ketua kampung, ibu bapa bakal amah, bakal amal itu sendiri manakala gangster kampung pula perlu disuap.”

“Kebanyakan agen tidak yakin dengan Malaysia. Pening berurusan dengan manusia iaitu daripada amah, ibu bapa mereka, ketua kampung, imigresen Indonesia dan majikan. Walaupun lumayan, tetapi apabila amah lari, memang tidak berbaloi,” katanya.

Menurutnya, ketika menjalankan perniagaan itu, dia terdedah dengan dunia perniagaan Internet.
“Saya menghantar e-mel spam menawarkan khidmat menyediakan amah. Walaupun itu bukan cara yang betul, saya mendapat banyak pengetahuan mengenai perniagaan Internet,” katanya.

Pada 2007, berlaku banjir besar di Jakarta yang menyebabkan dia sekeluarga tidak boleh keluar dari rumah selama seminggu.

“Waktu itu Jakarta lumpuh dengan banjir paras pinggang. Kenderaan tidak boleh melalui jalan raya manakala kami tiada wang kerana mesin juruwang automatik tidak berfungsi.”

“Selain saya sekeluarga, ada empat amah di rumah. Harga air minuman untuk satu gelen naik 50,000 rupiah (RM20) berbanding 9,000 rupiah (RM4) sebelum banjir.”

“Kami terpaksa mencatu air minum dan bekalan susu anak kehabisan. Ketika itu anak kedua baru lahir. Selain itu, kebetulan bahan mentah untuk memasak juga kehabisan dan tidak sempat membeli kerana banjir.”

“Peristiwa itu menyebabkan isteri tidak mahu menyambung kontrak pekerjaannya. Kami sekeluarga membuat keputusan kembali ke Malaysia,” katanya.

Pulang ke tanah air, Nizam gelabah kerana tiada pekerjaan, sedangkan dia sekeluarga menjalani kehidupan selesa di negara orang.

Pada Ogos 2007, dia terjumpa iklan mengenai seminar perniagaan Internet dikendalikan warga Singapura, Ewen Chia, iaitu orang nombor satu di dunia dalam perniagaan Internet.

“Saya berminat menyertai seminar itu, tetapi tiada wang. Hendak minta dengan isteri, wang ada cukup-cukup saja untuk menyara keluarga. Hendak pinjam dengan keluarga atau kawan, agak sukar.”

“Akhirnya, seorang rakan sedia membantu membayar yuran penyertaan berharga RM3,000 menggunakan kad kreditnya,” katanya.

Akhir Ogos, Nizam mendapat wang pertama hasil perniagaan menerusi Internet berjumlah AS$54 dari Kanada. Berikutan itu, minatnya dalam perniagaan Internet bertambah kerana menyedari ia boleh mendapatkan keuntungan. Selepas mendapat AS$1,000, dia menanam tekad untuk menimba lebih banyak ilmu daripada Ewen.”

Jalan terbuka luas apabila Nizam menerima e-mel daripada Ewen yang memerlukan pekerja untuk syarikatnya.

“Saya membuat permohonan dan diterima bekerja dengan idola saya. Pada Januari 2008, saya bekerja dengan Ewen dan mencungkil rahsia kejayaannya dalam dunia perniagaan Internet. Dia suka sesuatu yang ringkas dan itu yang menjadi rahsia kejayaannya.”

“Selama ini orang fikir, jika ingin menjalankan perniagaan Internet, perlukan laman web yang canggih. Sebenarnya, ia boleh dilakukan dengan mudah dan ringkas,” katanya.

Ketika ‘menuntut ilmu’ dengan Ewen, Nizam menetap di Johor Bahru dan berjimat cermat mengeluarkan belanja kerana barangan di Singapura mahal disebabkan tukaran matawangnya yang tinggi.

“Setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengah malam, saya berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura. Antara tugas saya ialah mengendalikan seminar,” katanya.

Apabila puas mempelajari ilmu perniagaan daripada ikon usahawan Internet itu, dia bercadang berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri.

“Walaupun gaji diterima agak lumayan iaitu RM10,000 sebulan, saya nekad berhenti pada Disember 2007. Orang yang paling marah ialah bapa saya.”

“Saya rahsiakan tindakan saya berhenti kerja sehingga Februari 2008, tetapi dia musykil kerana saya sering ada di Kuala Lumpur dan saya terpaksa memberitahunya saya sudah berhenti kerja dan kini menjalankan perniagaan Internet dari rumah,” katanya.

Tidak sampai sebulan menjalankan perniagaan, Nizam membuktikan dia mampu berdiri sendiri apabila berjaya memperoleh RM10,000. Semangatnya untuk serius dalam perniagaan itu semakin membara.

“Saya tak boleh buat kerja di rumah kerana setiap kali buka komputer riba, anak berkerumun. Oleh itu saya mengambil keputusan menyewa pejabat dan membuka Pusat Latihan Nizzura untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain.”

“Kemudian saya dapat idea menubuhkan koperasi kerana belum ada koperasi untuk usahawan Internet,” katanya.

INFO:
Nama: Khairul Nizam Mukhtar
Umur: 33 tahun
Asal: Bukit Rambai, Melaka
Jawatan: Pengerusi Eksekutif Koperasi Usahawan Internet Selangor Berhad
Sumber: myMetro

17 cara buat duit online


Dalam post  ini saya akan berkongsikan kpd anda cara buat duit online, bukan 7, 10 tapi ada 17  cara yang digunakan oleh usahawan-usahawan internet.
1 Blog, Blogger, Blogging
2 Mudahnya Menulis Review
3 Menyertai Program Affiliate
4 Keuntungan Dari Akaun Muat Turun
5 Untungnya Menjual Produk Sendiri
6 Melakukan Survey Di Internet
7 Jual Bakat Anda Secara Online
8 Keuntungan 300% Daripada Lelong
9 Dropshipping Yang Kian Popular
10 Forex Trading
11 Mengiklan Di Blog Anda
12 Anda Menjadi Reseller Terhebat
13 Bisnes Mail Order Internet
14 Buat Kerjasama Strategik  ( jv )
15 Develop Portal & Community
16 Jana Pendapatan Melalui Social Site
17 Buat Duit dengan Nuffnang
Tepuk dada tanyalah selera kata pepatah melayu oleh itu buatlah yang mana pilihan hati. Moga kita dapat menjadi usahawan internet sejati.

Irfan khairi Jutawan Internet malaysia


irfan 1Tiga tahun RM1 juta

Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang disangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS, jutawan Internet muda, Irfan Khairi, 32, berkongsi cerita.

DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.

Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.
Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk ‘membuat duit’.

Bukan ‘membuat duit’ seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.

Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja,” kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.

“Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia,” kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.
Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.

Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?

Irfan menegaskan: “Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja.”

Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.

“Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.

“Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari.”

Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.

“Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.

Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya rahsiainternet.com, ideabubble.com dan slash.com.my.

Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.

“Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. 

Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.

“Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji,” kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.

Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.

Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.

“Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. 

Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya

Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.

Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.

Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.

“Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit,” katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.

“Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.

“Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. 
Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer,” ujarnya.  dipetik dari harian kosmo.

CIRI-CIRI BERJAYA DALAM APA JUA BISNES NETWORK

 

1. SRP

Orang yang ingin berjaya dalam perniagaan MLM mestilah mempunyai ciri-ciri SRP.

S – Sabar : ada pelbagai kategori sabar iaitu sabar dihina, sabar walau tidak berjaya menaja atau menjual, sabar apabila dimarahi, sabar menunggu hari-hari kejayaan dan sabar menangani kerenah downline.

R – Rajin : adalah rajin dalam menjalankan proses perniagaan MLM, rajin buka mulut dan bercerita tentang MLM, rajin mengurus downline dan memberikan ilmu kepada downline, rajin muncul kehadapan menjadi penceramah barangan ataupun marketing plan dan rajin menimba ilmu dari masa ke semasa.

P – Peramah : perlu bersikap perama dengan sesiapa sahaja. Dalam perniagaan MLM, no talk no money berbanding dengan perniagaan biasa, no money no talk. Jadi perniagaan yang dikatakan 70% hubungan sesame manusia sudah tentu perlukan anda bersikap peramah.

2. Sentiasa Mahu Belajar

Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu banyak belajar. belajar pula banyak elemennya. Di antara elemen belajar adalah
    1. Belajar daripada kesilapan
    2. Belajar dari pada pengalaman
    3. Belajar daripada kursus
    4. Belajar daripada meeting
    5. Belajar daripada upline
    6. Belajar daripada buku-buku sama ada dalam atau luar negeri.
Dengan ilu, kita dapat melakukan kerja dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan tidak mustahil kita akan mencapai kejayaan hingga ke puncak. Setiap kali melakukan kerja MLM ini, kita tidak lari daripada kesilapan. Jadi, belajar daripada kesilapan dan betulkan dengan dengan seberapa kali kita mampu.

Contohnya Thomas Eva Edison. Beliau belajar lebih daripada 100 ribu kali daripada kesilapan dan akhirnya beliau berjaya mencipta lampu mentol. Agak-agaknya berapa kali anda melakukan kesilapan? Jika setakat gagal taja sampai 10 kali, itu bukan bererti gagal selamanya. Orang yang berjaya, gagal berkali-kali dan akhirnya menemui petua dan formula untuk mengatasi kegagalan itu. Menurut Vice Lombardi, “Percubaan yang agung adalah sesuatu yang mulia walaupun percubaan itu gagal.”

Orang yang berjaya juga belajar dari kursus dan meeting. Mereka tidak akan ponteng di majlis ilmu tersebut. Di situ anda belajar daripada orang yang berjaya. Walaupun dalam meeting, anda lihat penceramah jemputan bercerita benda yang sama. Tetapi apabila dilihat secara teliti, cara penyampaian mereka adalah berbeza. Bahkan, anda dapat pelbagai penemuan testimony berdasarkan cerita pengalaman penceramah jemputan.

3. Sentiasa bersedia

Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa bersediadari segi fizikal dan mental. Aspek yang paling utama adalah dari segi rohani. Ini kerana, apabila rohani kita baik, maka baiklah tubuh kita. Apabila rohani tidak baik, jiwa tidak tenang dan fizikal tidak terurus. Ini akan memberikan perspektif yang negative kepada kita.

Bagaimana orang hendak percaya kepada kita bila melihat kita rupa sedemikian? Kepercayaan penting kerana apabila orang mempercayai kita maka mudah bagi kita menjalankan perniagaan ini.

Bersedia dari segi mental adalah bersedia dari segi kecerdasan otak. Dahulu aspek yang diberi penekanan adalah IQ atau tahap kecerdasan otak. Maksudnya apa sahaja pekerjaan boleh menemui kejayaan apabila individu itu memiliki IQ yang tinggi. Kini kajian mendapati, IQ atau intelligent Quotient hanyalah 20% sahaja. EQ atau Emotional Quotient (kecerdasan emosi) dan SQ atau spiritual Quotient (kecerdasan spiritual/ rohani) memainkan peranan yang lebih penting dalam kejayaan sesuatu bidang. Apabila EQ digabungkan dengan SQ jadilah ESQ atau Emotional Spiritual Quotient. EQ melibatkan hubungan sesame manusia atau human relationship manakala SQ pula adalah hubungan manusia dengan Tuhan.

Mental anda perlu berfikir posotif dan bersabar dengan segala rintangan yang bakal anda hadapi. Bersedia menerima ujian kegagalan, kesakitan dan kesedihan. Apabila anda lulus baru anda boleh menikmati kejayaan yang gilang gemilang. Pandang setiap kesusahan dan kepayahan sebagai satu pengalaman yang manis dan ujian daripada Tuhan. Dengan cara ini, emosi anda stabil dan rohani anda semakin meningkat. Keberkatan amat penting dan ingatlah Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.

Setiap kejayaan akan mempunyai rintangan dan masalah yang perlu dihadapi. Setiap perjuangan pasti perlu melalui onak dan duri terlebih dahulu. Kualiti diri meningkat apabila onak dan duri itu dapat diatasi. Kita tidak boleh mengelak daripada risiko tetapi kita boleh mengurus risiko itu dan selesaikan dengan jayanya. Dalam Quran, diulang dua kali dalam surah Al-Insyirah, “ Maka sesungguhnya, dalam kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya dalam kesukaran itu ada kemudahan”

4. Memiliki imaginasi yang luar biasa

Albert Einstein pernah berkata, “Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan.” Setiap pekerjaan yang hendak dilakukan perlu dimulai dengan imaginasi. Ini yang membezakan seseorang kita dengan orang lain.

Tanpa imaginasi, tindakan anda tidak hebat dan tidak boleh dianggap luar biasa.

Dalam MLM, banyak rintangan dan halangan yang perlu dihadapi. Namun imaginasi yang cemerlang dan luar biasa dapat mengatasi segala rintangan yang dating. Imaginasi bukan angan-angan kosong. Tetapi imaginasi adlah angan-angan yang terarah pada satu matlamat beserta dengan tindakan yang jitu. Setiap saat, imaginasikan diri anda berjaya dan rasailah kejayaan anda.

Bayangkan anda berjaya, bercakap seolah-olah anda seorang yang berjaya dan mengambil tindakan seolah-olah anda telah berjaya. Contonhya adalah Napoleon Bonarparte. Beliau sentiasa berimaginasi bahawa beliau sebagai tentera dan beberapa tahun selepas itu, beliau benar-benar menjadi tentera.

Kisah Henry Ford dan V8

Henry Ford memperkenalkan motor V8 yang memiliki 8 silinder dalam satu blok. Henry berimaginasi dan mengeluarkan imaginasinya itu pada kertas. Boleh dikatakan semua jurutera menyangkal dan menganggap imaginasi Henry Ford adalah mustahil. Henry Ford mengeluarkan satu kenyataan pendek, “buat sahaja!”. Lebih setahun kemudian, Ford berjaya dan menjadi jutawan.

Berdasarkan cerita di atas, kekuatan yang membuatkan Henry Ford berjaya adalah imaginasinya yang hebat. Begitu juga dengan anda. Biar seramai mana pun rakan ataupun musuh mengatakan kepada anda bahawa anda akan gagal dan mustahil berjaya, namun tida satu pun yang boleh mempengaruhi imaginasi anda. Imaginasikan diri anda sudah pun menjadi jutawan dalam MLM. Saya suka ingatkan anda dengan dua perkataan, “Buat sahaja”.

5. Analisis diri

Tuhan menganugerahkan kepada manusia kebolehan menganalisis dalam setiap perkara. Salah satu teknik analisis adalah SWOT.

Teknik analisis SWOT
  
Strength (kekuatan / kelebihan)

Cari kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Melalui kelebihan, anda dapat pertingkatkan dan gunakan ia sewaktu anda menjalankan perniagaan MLM. Fokuskan kelebihan anda. Dengan cara ini, anda lebih berkeyakinan dalam melakukan perniagaan MLM. Apabila anda bekerjasama sesama ahli, sudah pasti anda dan ahli yang lain dapat menggunakan kelebihan masing-masing.

Weakness (kelemahan)

Kaji dan betulkan kelemahan yang ada pada diri anda. Jangan jadikan kelemahan anda sebagai alas an tidak dapat melakukan perniagaan MLM dengan baik. Kelemahan bukan bagi dikesali tetapi kelemahan bagi diatasi. Katakana anda lemah dalam berceramah, anda boleh berpakat dengan upline bagi menyelia cara anda berceramah. Setiap kritikan yang membina, terima dengan ikhlas dan dengan hati yang terbuka.


Opportunity (peluang)

Carilah peluang dalam perniagaan MLM ini. Peluang ada banyak iaitu peluang memilih syarikat, peluang belajar, peluang mendapat ramai kawan, peluang menjadi kaya, peluang menjadi pemimpin dan banyak lagi peluang yang anda akan dapat yang semestinya lumayan.

Threat (ancaman)

Elakkan takut daripada ancaman seperti ancaman kemiskinan, ancaman kegagalan, ancaman kesihatan, ancaman kemalasan serta pelbagai ancaman yang cuba menggugat kestabilan kehidupan anda.

6. Rela berkorban

Agama sentiasa mengajar manusia supaya rela berkorban demi kejayaan dan keutuhan agama. Tanpa pengorbanan manakan boleh agama disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Bayangkan bagaimana agama Islam boleh sampai ke China, India, Nusantara dan Eropah? Tidak lain dan tidak bukan, ia disebabkan oleh pengorbanan para pendakwah meninggalkan kampung halaman mereka dan belayar selama bertahun-tahun dengan satu tekad dan tujuan iaitu menyebarkan agama Islam.

Begitu juga dalam perniagaan MLM ini, apabila anda tidak sanggup berkorban, sudah pasti anda gagal. Hendak keluar rumah menaja, rasa malas. Hendak belajar melalui meeting rasa letih. Hendak service downline rasa tiada masa. Sudah tentu sikap begini tidak memberikan sebarang hasil. Pengorbanan dalam peperangan ataupun menyampaikan agama Islam ke seluruh dunia.

7. Sentiasa ingin berkongsi

Perniagaan networking ini memerlukan anda berkongsi daripada segala segi.
Perkongsian pertama – berkongsi kebaikan produk.kebaikan produk berdasarkan pengalaman menggunakan produk 100% dan dapat merasai dan melihat dengan jelas kesan positif menggunakan produk tersebut.

Contohnya, propolis atau enzim lebah memiliki berbagai-bagai kebaikannya tersendiri. Sebagai pengedar, anda sentiasa bersedia berkongsi dengan orang lain kebaikan produk tersebut. Perkongsian ini memberikan kebaikan kepada orang lain. Pemakanan tambahan memang boleh menjadi penahan daripada berbagai-bagai penyakit yang berbahaya.

Perkongsian kedua – berkongsi menambahkan pendapatan yang lumayan. Anda tidak sabar-sabar ingin menaja bagi berkongsi peluang menambahkan pendapatan yang lumayan. Anda sudah pun rencam pelan pemasaran syarikat anda ingin menaja dan berkongsi penawaran syarikat melalui keinginan yang lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya bermaksud mengenakan seseorang.

Perkongsian ketiga – berkongsi ilmu pengetahuan. Ilmu yang anda peroleh tanpa sembunyi-sembunyi anda curahkan kepada downline anda dengan ikhlas. Bahkan tanpa rasa jemu anda mendidik downline anda dengan jujur dan sabar. Apabila ada kursus, anda hadiri dan pelajari serta menyampaikan pula kepada downline. Pendek kata, setiap apa yang anda dapat anda kongsikan bersama downline.

Perkongsian keempat – berkongsi tenaga bagi bekerja. Anda tanpa rasa jemu turun padang bergerak bersama-sama dengan downline melakukan penajaan dan jualan.


 
Ultimate Package

KUASA TAMBAH KOSONG

Apa maksudnya?

Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?
Sebagai contoh:
  • Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
  • Dalam perniagaan spa, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
  • Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000
Ok... itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa "Tambah Kosong" pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi...
  • Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
  • Fikirkan dalam perniagaan spa, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
  • Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!
Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.
Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!

Hebatkan kuasa "Tambah Kosong"?


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai usahawan kita boleh mengamalkan nilai dan etika seperti di bawah:

1. Berazam meninggikan mutu perniagaan
2. Berniaga dengan penuh tanggungjawab
3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
4 .Berniaga dengan penuh muhibbah dan kemesraan
5 .Berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat
6 .Bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan
7 .Berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama