Etika Perniagaan Rasulullah s.a.w


rmmalaysia
Assalamuaalikum
Rasulullah s.a.w merupakan ‘Role Model‘ bagi umat Islam dalam segenap aspek kehidupan termasuklah dunia Perniagaan. Dunia hari ini memperlihatkan kehidupan manusia memerlukan kepada pekerjaan dan perniagaan untuk menampung keperluan semasa mereka. Dunia perniagaan merupakan salah satu dari bidang yang ramai diceburi kerana ia diyakini mampu memberikan tahap kekayaan dan kemakmuran hidup yang lebih baik.

Hadis dari Abu Nuaim bin Abdul Rahman :

“Rasulullah berkata : “Sembilan daripada 10 punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan 1/10 lagi adalah daripada penternakan.”

Kita perlu tahu bahawa Islam sama sekali tidak melarang keinginan manusia untuk menjadi kaya, namun ia perlulah dilakukan dengan cara yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.
Islam telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diikuti oleh para peniaga atau usahawan Islam, di antaranya :
  1. Elak dari berniaga benda haram
  2. Elak dari berlaku permusuhan
  3. Elak dari berlaku sombong
  4. Elak dari menjual barang yang tidak ada
  5. Elak dari bersumpah bohong (semata-mata untuk menyakinkan pembeli)
  6. Elak dari menipu dan khianat
  7. banyak lagi
Insya-Allah, saya akan cuba huraikan point-point di atas pada waktu yang lain.

Kita sebagai individu Islam yang mengakui bahawa Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w adalah ikutan kita perlulah melakukan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang. Janganlah kerana terlampau terpesona dengan sesuatu kekayaan atau terpedaya dengan keuntungan berganda menyebabkan kita melupakan perkara-perkara yang diharamkan Islam. 

Apabila kita berhujah perniagaan merupakan sunnah Nabi maka bagaimana pula dengan etika dan prosedur perniagaan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w? Sudah tentu ia juga merupakan sunnah baginda s.a.w. Justeru, apabila kita menceburkan diri dalam dunia perniagaan maka kita juga perlu menuruti setiap gerak geri dan amalan yang dilakukan oleh baginda sebagai seorang Usahawan Islam pada waktu itu. Dipetik dari epustaka.com – abooain

Kisah Usahawan Internet : Khairul Nizam Mukhtar Pengerusi Eksekutif Koperasi Usahawan Internet Selangor


Khairul Nizam Mukhtar, 33, juga dikenali sebagai Nizzura, menuntut di 11 sekolah kerana mengikut bapanya, Datuk Mukhtar Ismail, yang sering berpindah-randah demi tuntutan tugas sebagai polis dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Polis Johor.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu boleh dikatakan seorang yang nakal tetapi bijak kerana sentiasa mendapat nombor teratas dalam kelas.

Walaupun dididik dengan disiplin sejak kecil, Nizam dan adik beradiknya masih diberi ruang kebebasan oleh ibu bapa, asalkan tidak melampaui batas.

“Saya boleh bergaul dengan sesiapa saja dan boleh keluar malam tetapi tidak dibenarkan tidur di rumah kawan. Pernah sekali, ketika menuntut di MRSM Pangkalan Chepa, ketika saya memanjat pagar sekolah, bapa yang berkereta terlihat perbuatan saya tetapi mendiamkan saja,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Koperasi Usahawan Pendidikan Internet Selangor Berhad ini berkata, sejak bersekolah dia bercita-cita menjadi juruterbang tetapi cita-cita itu terpaksa dikuburkan kerana keputusan subjek Fizik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang baik.

Selepas SPM dia menyambung pelajaran ke peringkat A Level di Kolej Mara Banting sebagai persediaan melanjutkan pengajian ke United Kingdom (UK).

Namun disebabkan kegawatan ekonomi, hasrat itu terpaksa dilupakan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghantarnya menyambung pengajian ke Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Nizam antara kumpulan pertama yang belajar di universiti itu. Walaupun kecewa tidak dapat menyambung pengajian ke UK, Nizam tetap meneruskan kursus perakaunan sehingga peringkat ijazah.

Tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan, Nizam tidak bekerja dalam bidang perakaunan, sebaliknya ingin berniaga walaupun tiada pengalaman.

Untuk dua tahun pertama, anak muda ini merasai sepak terajang dalam dunia perniagaan. Antara perniagaan diceburi ialah pembinaan, memasang kamera litar tersembunyi dan menghasilkan filem dalam bentuk cakera padat video berjudul ‘Cinta Betting’.

Projek terbesar dijalankan Nizam ialah pembinaan di Jalan Petaling, tetapi mengalami kerugian apabila kontraktor utama tidak menjelaskan bayaran hingga syarikatnya kerugian RM170,000.
Selepas kegagalan itu Nizam yang fobia tidak melakukan sebarang pekerjaan. Selama tiga tahun, kehidupannya ditanggung isteri, Azura Abdul Aziz.

“Disebabkan tidak bekerja, kawan semakin menjauh, saudara mara pun tak layan. Lebih-lebih lagi, apabila anak Datuk gagal, orang akan kutuk. Selama menganggur, saya cuma duduk di rumah bermain permainan komputer dan menjaga anak sulung.”

“Puas saya mencari kerja tetapi tidak dapat kerana keputusan perakaunan saya cuma cukup untuk mendapat ijazah.”

“Saya pernah buka gerai makan iaitu dengan mengambil alih perniagaan pengusaha bukan Bumiputera, tetapi tidak sampai tiga bulan gerai itu terpaksa ditutup. Rupa-rupanya tempat itu akan ditutup oleh pemilik sebenar.
 Akhirnya saya gagal dan rugi lagi,” katanya.

Pada 2006, isterinya yang bertugas sebagai pensyarah di kolej swasta mendapat tawaran kerja selama dua tahun sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah antarabangsa di Jakarta, Indonesia.

“Apabila isteri bertanya sama ada saya mahu pergi ke Indonesia, saya bersetuju. Mana tahu, masa depan saya cerah di sana. Di Indonesia, saya berniaga kecil-kecilan iaitu menguruskan penghantaran amah untuk saudara-mara.”

“Tugas itu sukar dan membabitkan banyak pihak. Saya perlu keluar masuk kampung, bertemu ketua kampung, ibu bapa bakal amah, bakal amal itu sendiri manakala gangster kampung pula perlu disuap.”

“Kebanyakan agen tidak yakin dengan Malaysia. Pening berurusan dengan manusia iaitu daripada amah, ibu bapa mereka, ketua kampung, imigresen Indonesia dan majikan. Walaupun lumayan, tetapi apabila amah lari, memang tidak berbaloi,” katanya.

Menurutnya, ketika menjalankan perniagaan itu, dia terdedah dengan dunia perniagaan Internet.
“Saya menghantar e-mel spam menawarkan khidmat menyediakan amah. Walaupun itu bukan cara yang betul, saya mendapat banyak pengetahuan mengenai perniagaan Internet,” katanya.

Pada 2007, berlaku banjir besar di Jakarta yang menyebabkan dia sekeluarga tidak boleh keluar dari rumah selama seminggu.

“Waktu itu Jakarta lumpuh dengan banjir paras pinggang. Kenderaan tidak boleh melalui jalan raya manakala kami tiada wang kerana mesin juruwang automatik tidak berfungsi.”

“Selain saya sekeluarga, ada empat amah di rumah. Harga air minuman untuk satu gelen naik 50,000 rupiah (RM20) berbanding 9,000 rupiah (RM4) sebelum banjir.”

“Kami terpaksa mencatu air minum dan bekalan susu anak kehabisan. Ketika itu anak kedua baru lahir. Selain itu, kebetulan bahan mentah untuk memasak juga kehabisan dan tidak sempat membeli kerana banjir.”

“Peristiwa itu menyebabkan isteri tidak mahu menyambung kontrak pekerjaannya. Kami sekeluarga membuat keputusan kembali ke Malaysia,” katanya.

Pulang ke tanah air, Nizam gelabah kerana tiada pekerjaan, sedangkan dia sekeluarga menjalani kehidupan selesa di negara orang.

Pada Ogos 2007, dia terjumpa iklan mengenai seminar perniagaan Internet dikendalikan warga Singapura, Ewen Chia, iaitu orang nombor satu di dunia dalam perniagaan Internet.

“Saya berminat menyertai seminar itu, tetapi tiada wang. Hendak minta dengan isteri, wang ada cukup-cukup saja untuk menyara keluarga. Hendak pinjam dengan keluarga atau kawan, agak sukar.”

“Akhirnya, seorang rakan sedia membantu membayar yuran penyertaan berharga RM3,000 menggunakan kad kreditnya,” katanya.

Akhir Ogos, Nizam mendapat wang pertama hasil perniagaan menerusi Internet berjumlah AS$54 dari Kanada. Berikutan itu, minatnya dalam perniagaan Internet bertambah kerana menyedari ia boleh mendapatkan keuntungan. Selepas mendapat AS$1,000, dia menanam tekad untuk menimba lebih banyak ilmu daripada Ewen.”

Jalan terbuka luas apabila Nizam menerima e-mel daripada Ewen yang memerlukan pekerja untuk syarikatnya.

“Saya membuat permohonan dan diterima bekerja dengan idola saya. Pada Januari 2008, saya bekerja dengan Ewen dan mencungkil rahsia kejayaannya dalam dunia perniagaan Internet. Dia suka sesuatu yang ringkas dan itu yang menjadi rahsia kejayaannya.”

“Selama ini orang fikir, jika ingin menjalankan perniagaan Internet, perlukan laman web yang canggih. Sebenarnya, ia boleh dilakukan dengan mudah dan ringkas,” katanya.

Ketika ‘menuntut ilmu’ dengan Ewen, Nizam menetap di Johor Bahru dan berjimat cermat mengeluarkan belanja kerana barangan di Singapura mahal disebabkan tukaran matawangnya yang tinggi.

“Setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengah malam, saya berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura. Antara tugas saya ialah mengendalikan seminar,” katanya.

Apabila puas mempelajari ilmu perniagaan daripada ikon usahawan Internet itu, dia bercadang berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri.

“Walaupun gaji diterima agak lumayan iaitu RM10,000 sebulan, saya nekad berhenti pada Disember 2007. Orang yang paling marah ialah bapa saya.”

“Saya rahsiakan tindakan saya berhenti kerja sehingga Februari 2008, tetapi dia musykil kerana saya sering ada di Kuala Lumpur dan saya terpaksa memberitahunya saya sudah berhenti kerja dan kini menjalankan perniagaan Internet dari rumah,” katanya.

Tidak sampai sebulan menjalankan perniagaan, Nizam membuktikan dia mampu berdiri sendiri apabila berjaya memperoleh RM10,000. Semangatnya untuk serius dalam perniagaan itu semakin membara.

“Saya tak boleh buat kerja di rumah kerana setiap kali buka komputer riba, anak berkerumun. Oleh itu saya mengambil keputusan menyewa pejabat dan membuka Pusat Latihan Nizzura untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain.”

“Kemudian saya dapat idea menubuhkan koperasi kerana belum ada koperasi untuk usahawan Internet,” katanya.

INFO:
Nama: Khairul Nizam Mukhtar
Umur: 33 tahun
Asal: Bukit Rambai, Melaka
Jawatan: Pengerusi Eksekutif Koperasi Usahawan Internet Selangor Berhad
Sumber: myMetro

17 cara buat duit online


Dalam post  ini saya akan berkongsikan kpd anda cara buat duit online, bukan 7, 10 tapi ada 17  cara yang digunakan oleh usahawan-usahawan internet.
1 Blog, Blogger, Blogging
2 Mudahnya Menulis Review
3 Menyertai Program Affiliate
4 Keuntungan Dari Akaun Muat Turun
5 Untungnya Menjual Produk Sendiri
6 Melakukan Survey Di Internet
7 Jual Bakat Anda Secara Online
8 Keuntungan 300% Daripada Lelong
9 Dropshipping Yang Kian Popular
10 Forex Trading
11 Mengiklan Di Blog Anda
12 Anda Menjadi Reseller Terhebat
13 Bisnes Mail Order Internet
14 Buat Kerjasama Strategik  ( jv )
15 Develop Portal & Community
16 Jana Pendapatan Melalui Social Site
17 Buat Duit dengan Nuffnang
Tepuk dada tanyalah selera kata pepatah melayu oleh itu buatlah yang mana pilihan hati. Moga kita dapat menjadi usahawan internet sejati.

Irfan khairi Jutawan Internet malaysia


irfan 1Tiga tahun RM1 juta

Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang disangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS, jutawan Internet muda, Irfan Khairi, 32, berkongsi cerita.

DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.

Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.
Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk ‘membuat duit’.

Bukan ‘membuat duit’ seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.

Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja,” kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.

“Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia,” kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.
Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.

Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?

Irfan menegaskan: “Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja.”

Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.

“Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.

“Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari.”

Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.

“Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.

Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya rahsiainternet.com, ideabubble.com dan slash.com.my.

Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.

“Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. 

Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.

“Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji,” kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.

Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.

Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.

“Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. 

Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya

Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.

Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.

Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.

“Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit,” katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.

“Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.

“Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. 
Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer,” ujarnya.  dipetik dari harian kosmo.

CIRI-CIRI BERJAYA DALAM APA JUA BISNES NETWORK

 

1. SRP

Orang yang ingin berjaya dalam perniagaan MLM mestilah mempunyai ciri-ciri SRP.

S – Sabar : ada pelbagai kategori sabar iaitu sabar dihina, sabar walau tidak berjaya menaja atau menjual, sabar apabila dimarahi, sabar menunggu hari-hari kejayaan dan sabar menangani kerenah downline.

R – Rajin : adalah rajin dalam menjalankan proses perniagaan MLM, rajin buka mulut dan bercerita tentang MLM, rajin mengurus downline dan memberikan ilmu kepada downline, rajin muncul kehadapan menjadi penceramah barangan ataupun marketing plan dan rajin menimba ilmu dari masa ke semasa.

P – Peramah : perlu bersikap perama dengan sesiapa sahaja. Dalam perniagaan MLM, no talk no money berbanding dengan perniagaan biasa, no money no talk. Jadi perniagaan yang dikatakan 70% hubungan sesame manusia sudah tentu perlukan anda bersikap peramah.

2. Sentiasa Mahu Belajar

Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu banyak belajar. belajar pula banyak elemennya. Di antara elemen belajar adalah
    1. Belajar daripada kesilapan
    2. Belajar dari pada pengalaman
    3. Belajar daripada kursus
    4. Belajar daripada meeting
    5. Belajar daripada upline
    6. Belajar daripada buku-buku sama ada dalam atau luar negeri.
Dengan ilu, kita dapat melakukan kerja dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan tidak mustahil kita akan mencapai kejayaan hingga ke puncak. Setiap kali melakukan kerja MLM ini, kita tidak lari daripada kesilapan. Jadi, belajar daripada kesilapan dan betulkan dengan dengan seberapa kali kita mampu.

Contohnya Thomas Eva Edison. Beliau belajar lebih daripada 100 ribu kali daripada kesilapan dan akhirnya beliau berjaya mencipta lampu mentol. Agak-agaknya berapa kali anda melakukan kesilapan? Jika setakat gagal taja sampai 10 kali, itu bukan bererti gagal selamanya. Orang yang berjaya, gagal berkali-kali dan akhirnya menemui petua dan formula untuk mengatasi kegagalan itu. Menurut Vice Lombardi, “Percubaan yang agung adalah sesuatu yang mulia walaupun percubaan itu gagal.”

Orang yang berjaya juga belajar dari kursus dan meeting. Mereka tidak akan ponteng di majlis ilmu tersebut. Di situ anda belajar daripada orang yang berjaya. Walaupun dalam meeting, anda lihat penceramah jemputan bercerita benda yang sama. Tetapi apabila dilihat secara teliti, cara penyampaian mereka adalah berbeza. Bahkan, anda dapat pelbagai penemuan testimony berdasarkan cerita pengalaman penceramah jemputan.

3. Sentiasa bersedia

Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa bersediadari segi fizikal dan mental. Aspek yang paling utama adalah dari segi rohani. Ini kerana, apabila rohani kita baik, maka baiklah tubuh kita. Apabila rohani tidak baik, jiwa tidak tenang dan fizikal tidak terurus. Ini akan memberikan perspektif yang negative kepada kita.

Bagaimana orang hendak percaya kepada kita bila melihat kita rupa sedemikian? Kepercayaan penting kerana apabila orang mempercayai kita maka mudah bagi kita menjalankan perniagaan ini.

Bersedia dari segi mental adalah bersedia dari segi kecerdasan otak. Dahulu aspek yang diberi penekanan adalah IQ atau tahap kecerdasan otak. Maksudnya apa sahaja pekerjaan boleh menemui kejayaan apabila individu itu memiliki IQ yang tinggi. Kini kajian mendapati, IQ atau intelligent Quotient hanyalah 20% sahaja. EQ atau Emotional Quotient (kecerdasan emosi) dan SQ atau spiritual Quotient (kecerdasan spiritual/ rohani) memainkan peranan yang lebih penting dalam kejayaan sesuatu bidang. Apabila EQ digabungkan dengan SQ jadilah ESQ atau Emotional Spiritual Quotient. EQ melibatkan hubungan sesame manusia atau human relationship manakala SQ pula adalah hubungan manusia dengan Tuhan.

Mental anda perlu berfikir posotif dan bersabar dengan segala rintangan yang bakal anda hadapi. Bersedia menerima ujian kegagalan, kesakitan dan kesedihan. Apabila anda lulus baru anda boleh menikmati kejayaan yang gilang gemilang. Pandang setiap kesusahan dan kepayahan sebagai satu pengalaman yang manis dan ujian daripada Tuhan. Dengan cara ini, emosi anda stabil dan rohani anda semakin meningkat. Keberkatan amat penting dan ingatlah Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.

Setiap kejayaan akan mempunyai rintangan dan masalah yang perlu dihadapi. Setiap perjuangan pasti perlu melalui onak dan duri terlebih dahulu. Kualiti diri meningkat apabila onak dan duri itu dapat diatasi. Kita tidak boleh mengelak daripada risiko tetapi kita boleh mengurus risiko itu dan selesaikan dengan jayanya. Dalam Quran, diulang dua kali dalam surah Al-Insyirah, “ Maka sesungguhnya, dalam kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya dalam kesukaran itu ada kemudahan”

4. Memiliki imaginasi yang luar biasa

Albert Einstein pernah berkata, “Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan.” Setiap pekerjaan yang hendak dilakukan perlu dimulai dengan imaginasi. Ini yang membezakan seseorang kita dengan orang lain.

Tanpa imaginasi, tindakan anda tidak hebat dan tidak boleh dianggap luar biasa.

Dalam MLM, banyak rintangan dan halangan yang perlu dihadapi. Namun imaginasi yang cemerlang dan luar biasa dapat mengatasi segala rintangan yang dating. Imaginasi bukan angan-angan kosong. Tetapi imaginasi adlah angan-angan yang terarah pada satu matlamat beserta dengan tindakan yang jitu. Setiap saat, imaginasikan diri anda berjaya dan rasailah kejayaan anda.

Bayangkan anda berjaya, bercakap seolah-olah anda seorang yang berjaya dan mengambil tindakan seolah-olah anda telah berjaya. Contonhya adalah Napoleon Bonarparte. Beliau sentiasa berimaginasi bahawa beliau sebagai tentera dan beberapa tahun selepas itu, beliau benar-benar menjadi tentera.

Kisah Henry Ford dan V8

Henry Ford memperkenalkan motor V8 yang memiliki 8 silinder dalam satu blok. Henry berimaginasi dan mengeluarkan imaginasinya itu pada kertas. Boleh dikatakan semua jurutera menyangkal dan menganggap imaginasi Henry Ford adalah mustahil. Henry Ford mengeluarkan satu kenyataan pendek, “buat sahaja!”. Lebih setahun kemudian, Ford berjaya dan menjadi jutawan.

Berdasarkan cerita di atas, kekuatan yang membuatkan Henry Ford berjaya adalah imaginasinya yang hebat. Begitu juga dengan anda. Biar seramai mana pun rakan ataupun musuh mengatakan kepada anda bahawa anda akan gagal dan mustahil berjaya, namun tida satu pun yang boleh mempengaruhi imaginasi anda. Imaginasikan diri anda sudah pun menjadi jutawan dalam MLM. Saya suka ingatkan anda dengan dua perkataan, “Buat sahaja”.

5. Analisis diri

Tuhan menganugerahkan kepada manusia kebolehan menganalisis dalam setiap perkara. Salah satu teknik analisis adalah SWOT.

Teknik analisis SWOT
  
Strength (kekuatan / kelebihan)

Cari kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Melalui kelebihan, anda dapat pertingkatkan dan gunakan ia sewaktu anda menjalankan perniagaan MLM. Fokuskan kelebihan anda. Dengan cara ini, anda lebih berkeyakinan dalam melakukan perniagaan MLM. Apabila anda bekerjasama sesama ahli, sudah pasti anda dan ahli yang lain dapat menggunakan kelebihan masing-masing.

Weakness (kelemahan)

Kaji dan betulkan kelemahan yang ada pada diri anda. Jangan jadikan kelemahan anda sebagai alas an tidak dapat melakukan perniagaan MLM dengan baik. Kelemahan bukan bagi dikesali tetapi kelemahan bagi diatasi. Katakana anda lemah dalam berceramah, anda boleh berpakat dengan upline bagi menyelia cara anda berceramah. Setiap kritikan yang membina, terima dengan ikhlas dan dengan hati yang terbuka.


Opportunity (peluang)

Carilah peluang dalam perniagaan MLM ini. Peluang ada banyak iaitu peluang memilih syarikat, peluang belajar, peluang mendapat ramai kawan, peluang menjadi kaya, peluang menjadi pemimpin dan banyak lagi peluang yang anda akan dapat yang semestinya lumayan.

Threat (ancaman)

Elakkan takut daripada ancaman seperti ancaman kemiskinan, ancaman kegagalan, ancaman kesihatan, ancaman kemalasan serta pelbagai ancaman yang cuba menggugat kestabilan kehidupan anda.

6. Rela berkorban

Agama sentiasa mengajar manusia supaya rela berkorban demi kejayaan dan keutuhan agama. Tanpa pengorbanan manakan boleh agama disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Bayangkan bagaimana agama Islam boleh sampai ke China, India, Nusantara dan Eropah? Tidak lain dan tidak bukan, ia disebabkan oleh pengorbanan para pendakwah meninggalkan kampung halaman mereka dan belayar selama bertahun-tahun dengan satu tekad dan tujuan iaitu menyebarkan agama Islam.

Begitu juga dalam perniagaan MLM ini, apabila anda tidak sanggup berkorban, sudah pasti anda gagal. Hendak keluar rumah menaja, rasa malas. Hendak belajar melalui meeting rasa letih. Hendak service downline rasa tiada masa. Sudah tentu sikap begini tidak memberikan sebarang hasil. Pengorbanan dalam peperangan ataupun menyampaikan agama Islam ke seluruh dunia.

7. Sentiasa ingin berkongsi

Perniagaan networking ini memerlukan anda berkongsi daripada segala segi.
Perkongsian pertama – berkongsi kebaikan produk.kebaikan produk berdasarkan pengalaman menggunakan produk 100% dan dapat merasai dan melihat dengan jelas kesan positif menggunakan produk tersebut.

Contohnya, propolis atau enzim lebah memiliki berbagai-bagai kebaikannya tersendiri. Sebagai pengedar, anda sentiasa bersedia berkongsi dengan orang lain kebaikan produk tersebut. Perkongsian ini memberikan kebaikan kepada orang lain. Pemakanan tambahan memang boleh menjadi penahan daripada berbagai-bagai penyakit yang berbahaya.

Perkongsian kedua – berkongsi menambahkan pendapatan yang lumayan. Anda tidak sabar-sabar ingin menaja bagi berkongsi peluang menambahkan pendapatan yang lumayan. Anda sudah pun rencam pelan pemasaran syarikat anda ingin menaja dan berkongsi penawaran syarikat melalui keinginan yang lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya bermaksud mengenakan seseorang.

Perkongsian ketiga – berkongsi ilmu pengetahuan. Ilmu yang anda peroleh tanpa sembunyi-sembunyi anda curahkan kepada downline anda dengan ikhlas. Bahkan tanpa rasa jemu anda mendidik downline anda dengan jujur dan sabar. Apabila ada kursus, anda hadiri dan pelajari serta menyampaikan pula kepada downline. Pendek kata, setiap apa yang anda dapat anda kongsikan bersama downline.

Perkongsian keempat – berkongsi tenaga bagi bekerja. Anda tanpa rasa jemu turun padang bergerak bersama-sama dengan downline melakukan penajaan dan jualan.


 
Ultimate Package

KUASA TAMBAH KOSONG

Apa maksudnya?

Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?
Sebagai contoh:
  • Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
  • Dalam perniagaan spa, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
  • Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000
Ok... itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa "Tambah Kosong" pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi...
  • Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
  • Fikirkan dalam perniagaan spa, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
  • Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!
Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.
Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!

Hebatkan kuasa "Tambah Kosong"?


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai usahawan kita boleh mengamalkan nilai dan etika seperti di bawah:

1. Berazam meninggikan mutu perniagaan
2. Berniaga dengan penuh tanggungjawab
3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
4 .Berniaga dengan penuh muhibbah dan kemesraan
5 .Berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat
6 .Bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan
7 .Berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama

8 Tips Mudah untuk Hidup yang Mewah

1: Tak perlu kopi & rokok!
OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?

Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya jimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang  tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.


2: Potong kad kredit

Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi - paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.

Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

3: Jaga emosi

Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.

90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda “Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi”!


4: Pakar 1 topik kewangan

Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu membaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.

Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkin anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.

Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.

5: Hutang yang bagus

Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus?

Hutang yang bagus bermaksud hanya berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kerana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri.

Manakala, berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah di luar kemampuan kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik menyusut 30%!

6: Baca 30 minit

Pop kuiz - tahun ini berapa banyak buku yang telah anda baca? Buku komik dan novel tidak kira. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda sahaja - buku yang berkaitan dengan industri anda.

Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu.

Dengan hanya membaca buku 30 minit di waktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan dapat membaca 40 buku yang berkaitan dengan bidang anda.

Dalam masa 2-3 tahun, anda akan berjaya membaca lebih 100 buku berkaitan dengan bidang anda. Apa yang anda akan dapat dengan mebaca lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda?

Confirm! Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan di bayar berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.

7: Cari kawan baru

Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru di kalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi… erm…. Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!

Dapatkan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

8: Jangan baca sahaja

Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-7 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.

Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!

Di Manakah Tahap Kewangan Anda?

buat icon blog Pictures, Images and Photos




Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai  kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!
Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.
Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.
Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan 
seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)

Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang  berada di dalam tahap ini.

Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!


Mengapa Memilih Perniagaan di Internet?

 




etika anda sedang membaca tajuk tip diatas, sebenarnya sudah
terdapat ribuan (mungkin juta) orang yang menjana pendapatan
secara Full-Time  di internet. Mereka mempunyai 'office hour' mereka
tersendiri, bekerja dari keselesaan rumah, mempunyai banyak masa
bersama keluarga  serta rakan-rakan mereka.

Adakah kehidupan sebegini yang anda mahukan dan impikan?
Jika jawapan anda adalah Ya, teruskan membaca!

Di sini saya senaraikan beberapa sebab kenapa anda harus
memulakan perniagaan internet :


•  Modal Rendah

Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan
internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan
hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya
berharga kurang dari RM100 sahaja!

•  Waktu Kerja Yang Fleksibel

Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9 pagi - 5 petang apabila memulakan
perniagaan internet ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk
tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka.
Segalanya anda tentukan sendiri.

•  Bekerja Dari Rumah

Di mana komputer anda, di situlah tempat anda bekerja. Anda boleh bekerja
dari rumah anda sendiri. Anda tidak perlu terperangkap lagi  dalam kesesakan
jalan raya setiap pagi untuk ke tempat kerja.

Dengan bekerja dari rumah, anda telah menjimatkan masa 2 jam setiap hari,
iaitu masa yang anda ambil untuk sampai ke tempat kerja. Ini bermakna,
dalam setahun anda mempunyai lebihan masa 730 jam!

Banyak tu... macam-macam boleh buat untuk tambah pendapatan ☺


•  Pasaran Antarabangsa

Hanya dengan komputer dan internet akses, apa sahaja di dalam dunia ini
berada di hujung jari anda. Internet ibarat dunia tanpa sempadan.
Anda boleh mempromosikan produk anda ke seluruh dunia 24 jam sehari
7 hari seminggu. Gunakan kelebihan internet ini sebaiknya!

•  Perniagaan Yang Automatik/Autopilot

Perniagaan internet ini anda boleh automasikan segala proses tanpa anda
perlu berada di depan komputer setiap masa. Duit akan masuk walaupun
anda sedang tidur.

•  Perniagaan Online Dari Hobi & Minat Anda

Ini antara sebab kenapa ramai yang ingin memulakan perniagaan secara
online. Kita boleh menukarkan hobi dan minat kita kepada perniagaan.
Lakukan sesuatu dengan penuh minat akan menghasilkan kerja yang berkualiti
dan bebas dari tekanan.

•  Lebih Dari Satu Perniagaan

Memandangkan kos untuk memulakan perniagaan internet adalah rendah
dan boleh dijalankan secara automatik, maka anda boleh menjalankannya
lebih dari satu jenis perniagaan. Anda tidak perlu mengambil pekerja
kerana semuanya boleh dilakukan secara automatik dan ianya
berfungsi 24/7 untuk anda.

Terima kasih kerana sudi membaca tip yang dikongsikan hingga saat ini.
Sehingga bertemu lagi didalam perkongsian tip seterusnya. Insyaallah..


Salam sukses!

- Asyraf Aziz