K etika anda sedang membaca tajuk tip diatas, sebenarnya sudah
terdapat ribuan (mungkin juta) orang yang menjana pendapatan
secara Full-Time di internet. Mereka mempunyai 'office hour' mereka
tersendiri, bekerja dari keselesaan rumah, mempunyai banyak masa
bersama keluarga serta rakan-rakan mereka.
Adakah kehidupan sebegini yang anda mahukan dan impikan?
Jika jawapan anda adalah Ya, teruskan membaca!
Di sini saya senaraikan beberapa sebab kenapa anda harus
memulakan perniagaan internet :
• Modal Rendah
Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan
internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan
hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya
berharga kurang dari RM100 sahaja!
• Waktu Kerja Yang Fleksibel
Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9 pagi - 5 petang apabila memulakan
perniagaan internet ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk
tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka.
Segalanya anda tentukan sendiri.
• Bekerja Dari Rumah
Di mana komputer anda, di situlah tempat anda bekerja. Anda boleh bekerja
dari rumah anda sendiri. Anda tidak perlu terperangkap lagi dalam kesesakan
jalan raya setiap pagi untuk ke tempat kerja.
Dengan bekerja dari rumah, anda telah menjimatkan masa 2 jam setiap hari,
iaitu masa yang anda ambil untuk sampai ke tempat kerja. Ini bermakna,
dalam setahun anda mempunyai lebihan masa 730 jam!
Banyak tu... macam-macam boleh buat untuk tambah pendapatan ☺
• Pasaran Antarabangsa
Hanya dengan komputer dan internet akses, apa sahaja di dalam dunia ini
berada di hujung jari anda. Internet ibarat dunia tanpa sempadan.
Anda boleh mempromosikan produk anda ke seluruh dunia 24 jam sehari
7 hari seminggu. Gunakan kelebihan internet ini sebaiknya!
• Perniagaan Yang Automatik/Autopilot
Perniagaan internet ini anda boleh automasikan segala proses tanpa anda
perlu berada di depan komputer setiap masa. Duit akan masuk walaupun
anda sedang tidur.
• Perniagaan Online Dari Hobi & Minat Anda
Ini antara sebab kenapa ramai yang ingin memulakan perniagaan secara
online. Kita boleh menukarkan hobi dan minat kita kepada perniagaan.
Lakukan sesuatu dengan penuh minat akan menghasilkan kerja yang berkualiti
dan bebas dari tekanan.
• Lebih Dari Satu Perniagaan
Memandangkan kos untuk memulakan perniagaan internet adalah rendah
dan boleh dijalankan secara automatik, maka anda boleh menjalankannya
lebih dari satu jenis perniagaan. Anda tidak perlu mengambil pekerja
kerana semuanya boleh dilakukan secara automatik dan ianya
berfungsi 24/7 untuk anda.
Terima kasih kerana sudi membaca tip yang dikongsikan hingga saat ini.
Sehingga bertemu lagi didalam perkongsian tip seterusnya. Insyaallah..
Salam sukses!
- Asyraf Aziz